Ciri-ciri Suami Yang Sholeh dan Menjadi Teladan

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

 

Ciri-ciri Suami Teladan

  • Suami yang sholeh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
  • Suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
  • Suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan

 

CIRI-CIRI SUAMI YANG SHOLEH :

– Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.

– Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT

– Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya

– Menjaga hati dan perasaan isteri

– Sentiasa tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri

– Bersabar dan menghindari memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan

– Jangan mengejek isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.

– Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka

– Tidak terlalu mengikuti kemauan isteri kerana ia akan menurunkan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin

– Memberi nafkah kepada keluarga menurut kemampuan

– Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang layak

– Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya

– Senantiasa bertanggung jawab tentang keselamatan mereka

– Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

 

Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keridhoan Allah SWT iaitu:

– Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.

– Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.

– Rumahtangga sentiasa bersih dan nyaman

– Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat

– Ahli-ahlinya sholat berjamaah

– Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek

– Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim

– Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga

– Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam

– Rumahtangga hendaklah sentiasa menuju ke arah kebaikan dan kebajikan

– Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

 

Tentang lataghdhab
Herbal Shop Al-Khair | Mudah, Aman dan Amanah | Segala Kebaikan Obat Ada di Thibbun Nabawi dan Herbal Alami :: FORMAT PEMESANAN LEWAT SMS :: Jenis Produk, Jumlah#Nama#Alamat (RT/RW, Kel/ Kec, Kodepos)#No. HP#Bank KIRIM KE 081210110323. Barokallahu fykum

Tinggalkan komentar