Menggerak-gerakkan Jari Telunjuk Ketika Tasyahud

 

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهْ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapan yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwa Muhammad  adalah hamba dan Rasul-Nya.

Para ulama Salaf As-Sholeh (generasi awal) telah mentarjih (menyemak) dan mensahihkan amalan menggerak-gerakkan jari semasa bertasyahhud. Para ulama bermazhab asy-Syafie juga sebahagian besarnya mensahihkan hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud, antaranya ialah Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitab “Taqrib at-Tahzib” halaman 385 dan di dalam “Mizan al-I’tidal” 2/356 (oleh Imam az-Zahabi). Imam az-Zahabi (yang bermazhab asy-Syafie) telah mensahihkan hadis berkenaan memberi isyarat dalam solat (tasyahhud) dengan menggoyang-goyangkan jari.

Menggerak-gerakkan jari telunjuk

Menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud awal atau akhir sudah menjadi sunnah matrukah (sunnah yang ditinggalkan manusia). Sedangkan tsabit bahwa Nabi Muhammad salallahu ‘alaihi wa-sallam melaksanakannya, maka ia wajar dicontohi dan dihidupkan semula oleh mereka yang mencintai sunnah Rasulullah salallahu ‘alaihi wa-sallam dan membesarkan serta memuliakannya, kerana baginda mengamalkannya. Ini terbukti sebagai amalan sunnah sebagaimana dijelaskan di dalam beberapa hadis yang sahih:

كَانَ رَفَعَ اِصْبَعَهُ يُحَرِّكُهَا وَيَدْعُوْبِهَا

“Nabi menegakkan jari telunjuknya, menggerak-gerakkannya sambil membaca doa dengannya”. (Hadis Rwayat Abu Daud, Nasai’i, Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah 1/86/1-2. Ibnu Hibban dalam Sahihnya 485)

Hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk ini mempunyai syawahid (saksi/penguat) pada rawi Ibnu Adi (287/1). (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 196. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:

“Mengikut sunnah telah menunjukkan bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk berlangsung sehingga salam (sehingga memberi salam). Inilah pendapat Imam Malik dan yang lain-lainnya”.

Menurut Imam at-Thahawi rahimahullah:

“Memohon doa dengan mengacukan jari telunjuk, ternyata bahawa hal ini dilakukan sehingga akhir solat”. (Lihat: صفة صلاة النبى صلعم من التكبير الى التسليم كانك تراه Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menjelaskan lagi:

“Menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang tsabit dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam”.

Dilakukan oleh Imam Ahmad dan imam-imam ahli hadis yang lainnya. Oleh kerana itu, hendaklah takut kepada Allah orang yang beranggapan bahawa perbuatan ini sia-sia, (sehingga ia menyangka) tidak patut dilakukan dalam solat. Kerana anggapan itu mereka tidak mahu menggerakkan jari telunjuknya dalam solat, padahal mereka sudah tahu riwayatnya sahih. Mereka mencari-cari alasan untuk mentakwilnya (menafsirkannya) dengan menyalahi ketentuan bahasa Arab dan pengertian yang difahami oleh para imam.

Hal yang aneh, sebahagian dari mereka biasanya membela pendirian imamnya dalam masalah yang lain sekalipun pendapat imam tersebut bertentangan dengan sunnah Nabi. Alasannya ialah menyalahkan imam sama artinya dengan mencela dan tidak menghormatinya. Akan tetapi, mereka kemudian melupakan masalah ini dan mereka menolak hadis yang sudah sahih serta mencela orang-orang yang melaksanakan perbuatan ini. Padahal dia tahu bahawa mencela perbuatan tersebut bererti pula mencela para imam mereka yang biasanya mereka bela bermati-matian walaupun membelanya batil. Padahal para imam tersebut perbuatannya sejalan dengan sunnah, bahkan celaan (tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk, pent.) yang mereka lakukan itu mengenai Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kerana Nabi-lah yang mengajarkan hal itu kepada kita.

Oleh kerana itu, mencela perbuatan menggerak-gerakkan jari telunjuk sama halnya dengan mencela Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Dan tidak ada balasan buat orang yang berbuat demikian kecuali……

Adapun mengacukan telunjuk sebentar sahaja, lalu berhenti atau mengacukannya pada waktu tertentu sahaja, semuanya itu tidak mempunyai dasar dari hadis, bahkan menyalahi hadis-hadis yang sahih.

Seterusnya Syeikh al-Albani rahimahullah menjelaskan hadis yang menyatakan:

“Nabi tidak menggerakkan jari telunjuknya”.

Bahawa sanad hadis di atas ini tidak sah. Jika hadis tersebut sah, isinya menyangkal (membatalkan) adanya mengacukan telunjuk dalam tahiyat, sama ada tahiyat awal atau akhir. Dalam kaedah “Menetapkan”, maka menetapkan didahulukan dari menyangkal, seperti yang dikenal oleh para ahli fikh, maka hujjah untuk menyangkal menggerak-gerakkan jari telunjuk tidak dapat dijadikan hujjah (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 197. Nota kaki. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) kerana menetapkan supaya menggerakkan jari telunjuk lebih menepati kaedah ahli fikh.

Hadits-hadits (Menggerak-gerakkan Telunjuk)

 

Apabila Imam Ahmad rahimahullah ditanya, adakah dituntut agar menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam solat? Beliau menjawab: Ya, menggerak-gerak jari telunjuk (semasa tasyahud Pent.) sangat dituntut. (Lihat; Sifat Solat Nabi Hlm 159. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. مسائله عن الامام احمد hlm. 80) Ini berdasarkan hadis sahih:

“Baginda (semasa tasyahud) menggerak-gerakkan jari telunjuknya yang kanan dan berdoa dengannya”. (Hadis Riwayat Bukhari)

كَانَ رَفَعَ اصْبَعَهُ يُحَرِّكُهَا وَيَدْعُوْ بِهَا

“Baginda mengangkat jari dan menggoyang-goyangkannya sambil berdoa dengannya”. (Hadis Riwayat Nasai’i, Ibnu Hibban dan Ibnu al Jarud dalam المنتقى Ibnu Hibban dengan sanadnya yang sahih dalam Sahihnya no. 485)

 

كَانَ اِذَا جَلَسَ فِى الصَّلاَةِ وَضَعَ كَفَّهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى ، وَقَبَضَ اَصَابِعَهُ كُلَّهَا ، وَاَشَارَ بِاُصْبَعِهِ الَّتِى تَلِى اْلاِبْهَامَ فِى الْقِبْلَةِ ، وَرَمَى بِبَصَرِهِ اِلَيْهِ ، اَوْ نَحْوِهِ ، وَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى

“Yang mana baginda apabila duduk bersolat, baginda meletakkan tapak tangan kanannya di atas paha kanannya, baginda genggam seluruh jarinya dan baginda mengisyaratkan (menggoyang-goyangkan) jarinya yang paling hampir dengan ibu jarinya (jari telunjuk) ke arah kiblat, baginda tumpukan pandangannya ke arah jari telunjuknya. Dan baginda meletakkan tangan kirinya di atas paha kirinya”. (Hadis Riwayat Muslim 2/90. Abu Daud 987. Malik 1/112. Syafie dalam al-Umm 1/139. Dan di Musnad hlm. 41. Nasai’i 2/188. Ibnu Khuzaimah no. 719. Ibnu Hibban No. l938. Baihaqi 2/130)

قَالَ اَبُوْ حُمَيْدٍ : اَنَااَعْلَمُكُمْ بِصَلاَةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، انَّ رَسُوْلَ اللهِ جَلَسَ فَافْتَرَشَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى ، وَاقْبَلَ بِصَدْرِهِ الْيُمْنَى عَلَى قِبْلَةِ ، وَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُمْنَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُمْنَى ، وَكَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُسْرَى ، وَاَشَارَ بِاَصْبَعِهِ يَعْنِى السَبَّابَة

“Berkata Abu Humaid: Aku lebih tahu daripada kamu tentang solat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, sesungguhnya Rasulullah apabila duduk untuk tasyahhud, baginda hamparkan kaki kirinya, ia hadapkan kaki kanannya ke arah kiblat, baginda letakkan tapak kanannya di lututnya yang kanan dan tapak tangan kirinya di lutut yang kiri, lalu ia berisyarat dengan jarinya iaitu jari telunjuknya”. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi 292. At-Tirmidzi berkata: Hadis ini hasan sahih. Abu Daud 737. Ibnu Khuzaimah 789)

Maksud berisyarat ialah menggerak-gerakkan jari telunjuknya, kerana cara inilah yang menjadi pilihan al-Amir as-San’ani (Lihat: سبل السلام 1/187-188) sebagaimana dijelaskan oleh al-Mubarakfuri, kemudian ia menguatkannya dengan berkata: Yang benar ialah apa yang dikatakan oleh ar-Rafaie dan Muhammad bin Ismail al-Amir, (Lihat: تحفة الأحوذي 1/241 Cetakan India) ia lebih rajih (sahih) tepat mengikut kaedah fiqhyah: “Yang menetapkan didahulukan dari yang menafikan” iaitu menggerak-gerakkan (lebih tepat). (Lihat penjelasan Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz dalam “Al-Fatawa”. 1/75)

Fadhilah Menggerak-gerakkan jari telunjuk

Terdapat beberapa fadhilat-fadhilat apabila menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud. Pertama: Menghidupkan kembali sunnah yang telah ditinggalkan. Kedua: Menggerak-gerakkan jari telunjuk dapat menghalau syaitan sebagaimana dijelaskan oleh hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

لَهِيَ اَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنَ الْحَدِيْدِ يَعْنِيْ : اَلسَّبَّابَةَ

“(Menggerak-gerakkan jari) lebih keras (dirasakan) oleh syaitan dari pukulan besi”. (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al-Amali (60/1), Ahmad, Bazzar, Abu Ja’far, Thabrani dalam Ad-Doa hlm. 73/1. Abdul Ghani al-Muqaddasi dalam As-Sunan 12/2. Dengan sanad hasan dan Rauyani dalam Musnadnya 249/2 dan Baihaqi)

كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى التَّشَهُّدَيْنِ جَمِيْعًا

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melakukan perbuatan ini (menggerakkan jari telunjuk) dalam dua tasyahhud (tasyahhud awal dan akhir)”. (H/R Ibnu Abi Syaibah dengan sanad hasan)

رَاَى رَجُلاً يَدْعُوْا بِاِصْبَعَيْهِ فَقَالَ : اَحِّدْ ، اَحِّدْ وَاَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ

“Nabi pernah melihat seorang lelaki berdoa sambil mengacukan dua jarinya, lalu sabdanya kepada orang itu: Satu sahaja! Satu sahaja! Seraya mengacukan jari telunjuk”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Nasai’i dan disahkan oleh Hakim serta disetujui oleh Zahabi. Hadis ini juga mempunyai syahid pada riwayat Ibnu Abi Syaibah)

Membaca do’a di penghujung tasyahud awal atau akhir

Disunnahkan untuk membaca doa pada penghujung tasyahhud awal atau akhir sambil menggerak-gerakkan jari telunjuk sebagaimana dijelaskan melalui hadis yang lalu. Perbuatan berdoa diakhir tasyahhud adalah sunnah yang berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

اِذَا قَعَدْتُمْ فِى كُلِّ رَكْعَتَيْنِ فَقُوْلُوْا : اَلتَّحِيَّاتُ الخ … وَلْيَتَخَيَّرْ اَحَدُكُمْ مِنَ الدُّعَاءِ اَعْجَبَهُ اِلَيْهِ ، فَلْيَدْعُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ

“Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, ucapkanlah At-Tahiyyatu …., kemudian hendaklah seseorang kamu memilih doa yang disukainya dan hendaklah ia mengajukan permohonannya kepada Allah Yang Mahaperkasa lagi Mahamulia”. (Hadis Riwayat Nasai’i, Ahmad dan Thabrani dengan sanad sahih)

Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:

“Hadis ini secara tersurat menyatakan dibenarkannya berdoa pada setiap tasyahhud sekalipun pada tasyahhud awal. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Hazm”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 198. Nota kaki)

Kesimpulan:

1. Adalah suatu sunnah untuk menggerak-gerakkan jari ketika bertasyahhud.

Download http://kajian.net/kajian-audio/Ceramah/Zainal%20Abidin%20Syamsudin/Tanya%20Jawab%202/Apakah%20Benar%20Menggerakan%20Jari%20dalam%20Sholat%20Sanad%20Haditsnya%20Lemah.mp3?l=12%20

2.  Ia dilakukan dengan jari telunjuk tangan kanan.

Download http://kajian.net/kajian-audio/Ceramah/Abdul%20Hakim%20Amir%20Abdat/Tanya%20Jawab%20Umum/Pada%20Saat%20Kapan%20Dalam%20Sholat%20Disunnahkan%20Menggerak-gerakkan%20Jari.mp3?l=12%20

3. Kedudukan jari boleh sama

Dengan keadaan ibu jari menggenggam jari-jari yang lainnya, manakala jari telunjuk (tidak digenggam oleh ibu jari) ditegakkan ke arah kiblat dan digerak-gerakkan.

Ibu jari dan jari tengah ditemukan sehingga membentuk satu lingkaran, dan jari telunjuk ditegakkan ke arah kiblat sambil digerak-gerakkan.

“Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu alla ilaha illa Anta astaghfiruka wa atubu ilaik (Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji untuk-Mu. Saya bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah selain Engkau, saya meminta ampunan dan bertaubat kepada-Mu).”

Dari beberapa sumber….

Tentang lataghdhab
Herbal Shop Al-Khair | Mudah, Aman dan Amanah | Segala Kebaikan Obat Ada di Thibbun Nabawi dan Herbal Alami :: FORMAT PEMESANAN LEWAT SMS :: Jenis Produk, Jumlah#Nama#Alamat (RT/RW, Kel/ Kec, Kodepos)#No. HP#Bank KIRIM KE 081210110323. Barokallahu fykum

One Response to Menggerak-gerakkan Jari Telunjuk Ketika Tasyahud

  1. budi candra says:

    Sukron akhi, penjelasan mengenai pembahasan ini sudah sngat jelas dan sopan.

Tinggalkan komentar